Wednesday 4 May 2011
Wednesday 13 April 2011
Peraturan
Peraturan Asas Penggunaan Makmal ICT Sekolah
1. Pengguna tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin atau semasa tiada penyelaras.
2. Semua pengguna dikehendaki mengikut jadual waktu penggunaan makmal komputer yang telah disediakan.
3. Pengguna dilarang membuat bising, berlari-lari, bergurau senda dan bergaduh di dalam makmal.
4. Pengguna dilarang membawa masuk makanan dan minuman.
5. Alat tulis yang dibenarkan sahaja boleh di bawa masuk.
6. Kasut dan beg diletak di luar dan disusun dengan rapi.
7. Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal dan peralatan dan pastikan tiada sampah sarap semasa meninggalkan makmal.
8. Semua pengguna dikehendaki mencatat butir-butir tertentu dalam log book/ rekod penggunaan makmal komputer dengan mengisi semua ruang yang disediakan.
9. Pengguna dilarang sama sekali melayari internet pada alamat yang tidak bermoral atau yang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat. Kaum, dan negara. ( JANGAN MENYALAHGUNAKAN KEMUDAHAN INTERNET)
10. Pengguna dilarang membawa masuk atau keluar dari makmal sebarang cakera perisian atau dokumen.
11. Pengguna dilarang mengusik sebarang sambungan wayar pada komputer atau membuat sebarang pengubahsuaian atau cuba membaiki sendiri sebarang kerosakan.
12. Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada penyelaras atau guru bertugas.
13. Jika terdapat sebarang bunyi yang ganjil atau terbau sesuatu terbakar atau keadaan disyaki tidak normal, sila laporkan kepada penyelaras atau guru bertugas.
14.Tidak dibenar menggunakan makmal semasa hujan atau kilat.
15. Pastikan anda menggunakan Username dan Password yang dibenarkan sahaja.
16. Jika berlaku kecemasan sila patuhi arahan guru dan panduan kecemasan.
17. Sebelum keluar pastikan kerusi disusun kemas , lampu, kipas dan alat pendingin hawa ditutup mengikut kesesuaian masa.
18. Tindakan displin yang keras akan diambil pada mereka yang tidak mematuhi arahan ini.
Monday 11 April 2011
AHLI JAWATANKUASA ICT TAHUN 2021
Pengerusi : En. Ismail bin Jemaludin
Naib Pengerusi : Tn. Hj. Ramli bin Abd Hamid
En. Muhammad Fairuz bin Abdullah
En. Zulkefle bin Ismail
Penyelaras : En. Gafri bin Abdullah
Setiausaha : Pn. Norshida bt Nordin
Ahli Jawatankuasa:
En. Mohamad Akmal bin Yunus
Pn. Suriyani bt Sharif
Pn. Nurilyana bt Sulaiman
Pn. Hamnah bt Abd Hani
Subscribe to:
Posts (Atom)